Chiu Chee Ming pengerusi baharu PPNNM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Oktober – Persatuan Perahu Naga Negeri Melaka (PPNNM) akan terus mempergiatkan penganjuran perarakan dan perlumbaan khusus menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tidak lama lagi.

Pengerusi PPNNM yang baharu, Chiub Chee Ming berkata, kepercayaan diberikan kepada dirinya dianggap sebagai satu tanggungjawab besar kerana persatuan itu bukan sahaja dikenali di Malaysia bahkan diperingkat antarabangsa.

Sejak ditubuhkan pada 1983 dengan dipimpin pengerusi sebelum ini iaitu Datuk Wong Soo Tang PPNNM sudah menganjurkan pelbagai pertandingan yang secara tidak langsung turut mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan dunia.

“Tanggungjawab ini akan saya galas sebaiknya dan meneruskan kesinambungan pencapaian cemerlang PPNNM ini dengan mengadakan pelbagai penganjuran secara berterusan,” katanya.

Majlis Penyerahan Pengerusi PPNNM yang baharu disempurnakan oleh Setiausaha Hal Ehwal Masyarakat Cina Pejabat Ketua Menteri iaitu Yong Fun Juan, pada Khamis.

Chee Ming yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi PPNNM berkata, kejayaan penganjuran perlumbaan dan perarakan ketika pandemik COVID-19 lalu akan dijadikan panduan buat PPNNM dalam melakukan persiapan penganjuran pertandingan pada TMM2024.

“Perlumbaan dan perarakan perahu naga disenaraikan antara program pada TMM2024, untuk itu saya meminta semua ahli persatuan agar memberi lebih perhatian dalam membantu promosikannya.

“Sempena pesta sungai pada 8 dan 9 Jun 2024 akan diadakan perarakan dan perlumbaan perahu naga, ini membabitkan 20 pasukan untuk perarakan termasuk dari China.

“Malah untuk perlumbaan pula kita akan pertandingan lebih banyak kategori termasuk kategori antarabangsa dan untuk itu dijangka membabitkan lebih 60 penyertaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chee Ming berkata, kejayaan PPNNM hari ini juga adalah atas sokongan padu yang diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka dan Galeri Seni Zheng He Duo Yun Xuan Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

892
Kongsi :
Previous post Hukuman penjara, sebatan buat pengkhianat subsidi negara
Next post Kampung Felda Hutan Percha juara Anugerah Semarak Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2023
Ubah saiz-+=