China paling banyak mohon paten antarabangsa pada 2020

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BEIJING 3 Mac. – Laporan terkini Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) menunjukkan, bilangan permohonan paten antarabangsa yang difailkan melalui pertubuhan itu terus meningkat pada 2020 meskipun pandemik COVID-19 melanda dunia.

Menurut laporan WIPO yang dikeluarkan semalam, bilangan permohonan paten dari China kekal di tangga teratas sejak negara ini buat kali pertama mendahului Amerika Syarikat (AS) sebagai pemohon paten terbanyak pada 2019.

Selain itu, jumlah permohonan paten antarabangsa melakar sejarah baharu apabila mencatatkan rekod peningkatan empat peratus kepada 275.9 ribu pada 2020.

Antaranya, jumlah permohonan dari China meningkat 16.1 peratus iaitu kepada 68.72 ribu, diikuti AS yang mencatat 59.23 ribu.

Dalam perkembangan lain, Ketua Panel Ekonomi WIPO, Carsten Fink berpendapat, ekonomi China yang berprestasi baik merupakan satu daripada faktor kepada pengekalan bilangan permohonan paten terbanyak pada tahun lalu.

Fink berkata, pencapaian itu juga adalah hasil daripada pengembangan dalam sektor inovasi selama 20 tahun, selain potensi besar China dalam peningkatan jumlah permohonan paten.

Sementara itu, Ketua Pengarah WIPO, Daren Tang pula menyifatkan China menjadi sumber permohonan paten antarabangsa terbanyak sebagai trend globalisasi inovasi.

Menurut beliau, pusat pola geografi inovasi sedang berpindah kepada Timur dari Barat dalam sepuluh tahun lalu.

Untuk rekod bilangan permohonan paten antarabangsa dari negara Asia meningkat daripada 35.7 peratus pada sepuluh tahun lalu kepada 53.7 peratus pada tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post Hajiji dilantik pro-canselor UMS
Next post Perintah pemakaian peranti pengesanan antara peruntukan baharu Ordinan Darurat
Ubah saiz-+=