Sorting by

×

China derma, eksport 350 juta dos vaksin

Masa Membaca:49 Saat

BEIJING 7 Jun – Bekalan vaksin COVID-19 yang diderma dan dieksport China ke luar negara berjumlah lebih 350 juta dos setakat Jumaat, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC).

Naib ketuanya, Zeng Yixin dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) berkata, pembekal domestik turut mengadakan kerjasama dengan negara membangun lain untuk mempergiat pengeluaran berskala besar.

Dalam pada itu, vaksin China dalam bentuk cecair dihantar ke Malaysia, Indonesia, Brazil, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan dan lain-lain untuk pembotolan dan pengagihan.

China antara yang paling awal berjanji menawarkan vaksin dibangunkannya sebagai produk awam global, supaya negara-negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menanggung kos penggunaannya.

Setakat 4 Jun, China telah menyalurkan bantuan vaksin kepada lebih 80 negara sambil mengeksport produk kesihatan itu ke lebih 40 negara, yang jumlah keseluruhannya mencecah 357.01 juta dos.

Dalam perkembangan lain, NHC mengesahkan sebanyak 763.06 juta dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di China setakat Sabtu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

315
Kongsi :
Previous post ‘Jangan main tuduh-tuduh’ -Mohd Rafiq
Next post 7,548 kes sembuh tertinggi dicatatkan, atasi kes baharu, 5,271
Ubah saiz-+=