
CETUS KEKECOHAN, ADUN PEMBANGKANG DIBERI PERINGATAN
SERI NEGERI 29 April – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, memberi peringatan terakhir kepada pembangkang, Dr. Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) agar menjaga kelakuan sepanjang berlangsungnya sesi Persidang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas.
Ini susulan tindakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sungai Udang itu yang mencetuskan kekecohan pada sesi kedua yang berlangsung semalam.
Menurut Ibrahim, menerusi satu sesi mesyuarat yang diadakan petang semalam, Adun Sungai Udang berkenaan sudah membuat permohonan maaf.
“YB Sungai Udang telah pun memohon maaf atas keterlanjurannya dan saya menerima maaf itu.
“Pada pagi ini saya telah membuat keputusan dan ini adalah peringatan terakhir bagi beliau dan semua,” katanya.
Sementara itu, Dr. Mohd. Aleef turut berjanji bahawa beliau tidak akan mengulangi kesilapan sama.
“Saya telah bertemu secara ‘personal’ dengan speaker dan saya tidak akan mengulanginya lagi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
