
CERAMAH MAULIDUR RASUL BUKA TIRAI PESTA PANTAI
TANJUNG BIDARA 13 September – Ceramah agama sempena Maulidur Rasul membuka tirai Penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 yang berlangsung bermula hari ini hingga Ahad.
Ceramah yang disampaikan Ustaz Zul Ramli Mohd Razali itu berlangsung di Masjid Al-Ehsan, Kampung Londang selepas solat Mahgrib.
Kira-kira 300 kariah termasuk penduduk sekitar hadir bukan sahaja untuk bersama-sama mendengar ceramah disampaikan malah memahami dengan lebih mendalam tentang ajaran Islam.
Turut hadir Pegawai Tugas-Tugas Khas Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Ahmad Warid Ismail dan Pengerusi Masjid Al-Ehsan, Kampung Londang, Datuk Abd Mutallif Che Mat.
Selain ceramah agama ini, turut akan berlangsung adalah Tanjung Bidara Berselawat yang akan menampilkan Ustaz Amran Bollywood dan kumpulan nasyid Raihan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebelum ini berkata, elemen keagamaan dan kerohanian akan mewarnai acara Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 ia bersempena sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...