
Cemas bayi terperangkap dalam kereta
KUALA LINGGI 1 Julai – Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila bayi perempuan mereka terperangkap di dalam kereta dalam kejadian berhampiran tandas awam Pengkalan Balak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira- kira jam 7.30 malam.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan bayi berkenaan berusia lingkungan setahun dan ketika kejadian dia terperangkap di dalam kereta ketika enjin hidup.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian dan menjalankan kerja menyelamat.
“Bayi itu berjaya dikeluarkan dan kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya.
Beliau berkata, nasihat dan amaran turut diberikan kepada ibu bapa bayi terbabit agar kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...
ZIARAH KASIH DUN KESIDANG: ALLEX SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI
KESIDANG 17 Mac - Kunjungan peserta program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, mencetus keceriaan kepada lima penerima bantuan...
KEMBALIKAN NOSTALGIA MEMASAK BUBUR LAMBUK
TANJUNG BIDARA 17 Mac - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memeriahkan lagi suasana penganjuran Program Berlaga...
ANAK YATIM JENTIK HATI KENG CHIA PELUK ISLAM
KESIDANG 17 Mac - Keindahan cara kehidupan Islam yang tertib dan teratur diamalkan anak-anak yatim yang dijaganya 'menjentik' hati lelaki...