Cemas anak terkunci dalam kereta

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KESIDANG 13 Mei – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas anak perempuannya berusia dua tahun terperangkap di dalam kereta yang terkunci dalam kejadian di Taman Limbongan Permai, di sini, malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 malam sebelum kanak-kanak itu berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas kira-kira 30 minit terperangkap.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 malam sebelum sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, seramai 11 anggota termasuk tiga dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut bergegas ke lokasi.

“Sejurus tiba di pasukan bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terperangkap seorang diri didalam sebuah kereta Proton Saga yang enjinya masih hidup.

“Operasi menyelamat kemudian dijalankan oleh bomba menggunakan alatan khas bagi membuka pintu sebelum berjaya berbuat demikian dalam tempoh tidak sampai 10 minit,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba difahamkan ketika kejadian kanak-kanak itu berada bersendirian di dalam kereta dan ibunya singgah seketika di rumah saudara.

“Ketika bersendirian kanak-kanak itu dikatakan ada bermain tekan-tekan sehingga terkunci.

“Kanak-kanak itu bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan, pasukan bomba kemudian menamatkan operasi lalu pulang ke BBP ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

617
Kongsi :
Previous post PM Ismail Sabri bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika
Next post Debat Najib-Anwar berlangsung aman, tanpa provokasi
Ubah saiz-+=