Sorting by

×

Cemari sungai: Kilang ayam diberi tempoh dua minggu

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 9 Jun – Kerajaan Negeri memberi tempoh dua minggu kepada sebuah syarikat pemprosesan ayam di Pengkalan Balak bagi menyelesaikan isu sisa kumbahan tidak terawat yang dilepaskan ke tali air.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, dalam tempoh terbabit pihaknya mengarahkan syarikat terbabit untuk menyelesaikan isu tersebut termasuk menyiapkan laporan mitigasi bagi melaksanakan langkah pencegahan pembuangan sisa dari kilang berkenaan.

“Hasil ujian bersama Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka mendapati sampel yang diambil di dua lokasi iaitu dari kilang dan di tali air menerima keputusan yang sama.

“Sisa kumbahan yang dikeluarkan dari kilang itu adalah tidak terawat dan disalurkan ke tali air dan kemudiannya mengalir ke laut.

“Kita telah memberi notis awal sejak Januari lalu malah ujian berkala dilaksanakan BKSA mengesan sampel sama masih terdapat di tali air, jadi untuk tempoh dua minggu ini kita meminta syarikat ini tampil membentangkan pelan mitigasi mereka bagi mencegah daripada perkara ini terus berlaku,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, satu lawatan telah diadakan pada Rabu setelah menerima aduan penduduk berhubung isu tersebut.

Lawatan yang diadakan itu turut dihadiri Pengarah BKSA Melaka Faizah Abdul Rahman @ Sulaiman, wakil Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah serta pemimpin setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2531
Kongsi :
Previous post Cadang bina Muzium Melayu di Indonesia
Next post Taman Laut Melaka diwartakan
Ubah saiz-+=