Cari formula kurangkan kemalangan libatkan pelajar

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 31 Oktober – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mencari formula bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah yang dilihat semakin membimbangkan.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, antara cadangan bagi mengatasi perkara itu adalah dengan meningkatkan program advokasi peringkat sekolah di seluruh negara.

Aedy Fadly berkata, program berkenaan dirancang untuk dilaksanakan secara bersiri dan bakal merangkumi perkongsian aspek keselamatan secara praktikal.

“Kami ambil maklum dan lihat secara serius peningkatan kemalangan melibatkan pelajar sekolah, kerana ada kes yang dilaporkan turut menyebabkan kehilangan nyawa.

“Selain mengadakan program terbabit JPJ dan KPM akan duduk bersama bagi mencari penyelesaian berhubung ketidakpatuhan undang-undang jalan raya yang tinggi serta merisaukan dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Sempena Program MyLesen (B2) Peringkat JPJ Negeri Melaka di Dewan Muzium Rakyat, di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan timbalannya, Zahari Abd Kalil serta Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2527
Kongsi :
Previous post Kejohanan e-sukan cungkil bakat orang muda
Next post Deepavali lambang perpaduan masyarakat majmuk – KM
Ubah saiz-+=