
Cari bapa jadi wali nikah
DUYONG 7 Ogos – Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan berharap dapat menemui bapa kandung untuk menjadi wali pernikahannya.
Noor Karmilawatie Mohd Fuzi, 22, berkata, dia tidak pernah mengenali bapanya Fuzi Osman, 42, kerana ketika ibu dan bapanya berpisah dia masih kecil.
“Kali terakhir berjumpa dengan bapa ketika berumur empat tahun dan selepas itu saya tinggal bersama nenek di Pulau Pinang.
“Bagaimanapun, selepas nenek meninggal saya kemudian berpindah ke Melaka dan tinggal bersama ibu saudara,” katanya.
Menurutnya, usaha mencari bapanya menjadi sukar kerana dia tidak tahu dimana kampung halaman dan hanya mengetahui bapanya berasal dari Kedah.
“Saya amat berharap dapat menemuinya dan bapa dapat tampil ke Mahkamah Syariah Tangkak, Johor, pada 26 Ogos ini bagi urusan pernikahan.
“Kepada sesiapa yang mengenali bapa atau ada maklumat mengenainya boleh menghubungi saya,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...