
‘Cara baharu’ Mat lebih cepat
DUYONG 10 Ogos – Empat kediaman sebelum ini kelihatan uzur, berwajah baru selepas menjalani proses baik pulih hasil bantuan dihulurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abd Halem, menggunakan ‘cara baharu yang diperkenalkannya.
Katanya, menggunakan cara baharu pihaknya akan menampung kos membeli barangan, manakala pemilik kediaman pula membayar kos upah kontraktor atau tukang dilantik.
“Kalau ikut cara sebelum ini, kena tunggu agak lama sebelum permohonan diluluskan selain peruntukan juga tidak banyak. Tetapi atas dasar mahu cepatkan proses baik pulih saya perkenalkan kaedah baharu ini.
“Namun saya perlu lakukan pemilihan, bukan pilih atas dasar kroni tetapi mereka yang betul-betul layak dan tidak berkemampuan sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohd Noor Helmy berkata, selain usia yang sudah lama, antara kerosakan kerap dikesan pada kediaman berkenaan adalah bahagian bumbung yang bocor.
Beliau yang mesra dengan panggilan Mat sentiasa berusaha membantu penduduk memerlukan dan mengimpikan agar setiap rumah di DUN Duyong menerima agihan bantuan daripada pihaknya.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...