
Cara bagaimana Sajat lolos akan dikongsikan – KPN
KOTA LAKSAMANA 9 April. – Polis akan menyiasat bagaimana usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat meloloskan diri ke negara jiran sebaik sahaja individu terbabit pulang.
Ia susulan daripada maklumat diterima pihaknya Sajat menghilangkan diri selepas dikenakan waran tangkap akibat kegagalannya hadir dalam sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau yakin pasukan Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen Selangor mengetahui mengenai maklumat itu.
“Saya yakin pihak JSJ tahu perkara ini, cara bagaimana tidak dapat saya kongsikan.
“Insya-Allah dia (Sajat) pulang nanti kita akan dedahkan kepada media mengenai bagaimana dia loloskan diri,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7, di sini hari ini.
Sebelum ini, Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...