Sorting by

×

CAR FREE ZONE@ALOR GAJAH SEMAKIN MENARIK

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ALOR GAJAH 5 Disember – Inisiatif penganjuran Car Free Zone@Alor Gajah semakin mendapat sambutan susulan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Sehingga kini, program yang diadakan sebulan sekali itu merekodkan purata 500 hingga 1,000 pengunjung setiap kali dianjurkan.

Yang Dipertua MPAG TPr Saifuddin Abdul Karim berkata, antara pengisian yang disediakan pada program tersebut adalah permainan kenderaan elektrik, dam gergasi dan pandu uji motosikal elektrik dari Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

Selain itu, menurutnya, turut diadakan pameran berkaitan solar, pameran agensi kerajaan serta gerai jualan.

“Program berkonsepkan Santai Malam Minggu ini bukan sahaja menarik pengunjung dari dalam Negeri Melaka, bahkan turut mendapat sambutan daripada pelancong luar.

“Selain bersantai dan beriadah, program ini juga dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya bersama-sama menjaga alam sekitar daripada kesan pemanasan global.

“Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat menerusi pameran agensi kerajaan yang turut serta,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut TPr Saifuddin, melihat kepada sambutan yang semakin menggalakkan, pihaknya akan terus menganjurkan Car Free Zone@Alor Gajah pada tahun depan.

“Insya-Allah kita akan terus melakukan penambahbaikan, antaranya memperbanyakkan kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan, selain menambah aktiviti berbentuk kemasyarakatan,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

94
Kongsi :
Previous post TVET ‘KUNCI’ MASA DEPAN MELAKA
Next post TAMAN REKREASI BAHARU BERKONSEP ‘KEHIJAUAN’ DI BUKIT BERUANG
Ubah saiz-+=