
Calon PAS panik silap bawa pen
BUKIT KATIL 8 Nov – Calon PAS berdepan detik cemas apabila tersilap membawa pen di pusat penamaan calon di Dewan Tun Ali, di sini.
Menurut laporan The Star, Al-Hafiz Yahya menyedari beliau tersilap membawa pen ketika memasuki dewan terbabit yang hanya membenarkan pen berdakwat hitam sahaja dibenarkan untuk mengisi dan menandatangani borang penamaan calon.
Mengiringi kehadirannya untuk menyerahkan borang proses penamaan calon di dewan terbabit, Mohammad Shahril Abd Aziz dan Ghaffar Baba Ahmad selaku pencadang dan penyokong.
Tidak seorang pun daripada ketiga-tiganya membawa pen berdakwat hitam.
Bagaimanapun, seorang petugas media hadir menyelamatkan keadaan dengan meminjamkan pen miliknya kepada Al-Hafiz.
Dalam pada itu, aplikasi MySejahtera Ghaffar menunjukkan amaran berwarna kuning yang bermaksud kontak kasual tidak bergejala menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ketiga-tiga individu berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik pemeriksaan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ketiga-tiga mereka dibenarkan masuk ke dewan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...