
Calon Parlimen Jasin selesai serah borang pencalonan
MERLIMAU 5 November – Empat calon yang bertanding bagi Parlimen Jasin selesai menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.20 pagi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, hari ini.
Penyerahan borang dimulai dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Roslan Ahmad diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Zaidi Attan sebagai pencadang dan Adun Sungai Rambai sebagai penyokong pada jam 9.05 pagi.
Seterusnya, penyerahan borang calon Pejuang oleh Datuk Mohd Daud Nasir dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Harun Mohamed yang masing-masing menyerahkan pada jam 9.10 pagi.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Ismail menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.13 pagi.
Proses penyerahan borang pencalonan calon yang diadakan di Dewan Platinum Merlimau itu dijangka ditutup pada jam 10 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.