Calon dipilih ukuran UMNO pada masa akan datang – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PENGKALAN BATU 11 -“Siapa yang menang teruskan memimpin dan yang kalah sokonglah pemimpin,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 adalah ukuran pada masa hadapan parti itu dan pemimpin yang dipilih akan membawa mandat bagi menawan semula hati rakyat.

“Kalau dilihat dalam kedudukan politik negara kita perlu juga lihat kedudukan politik Melaka. Untuk negara kita lihat pemilihan kali ini adalah ukuran kepada masa hadapan UMNO yang mana naungannya bergantung kepada pemilihan yang akan dipilih hari ini.

“Pemimpin hari ini akan membawa satu langkah kehadapan bagi UMNO menambat semula hati rakyat untuk bersama-sama mengemudi kerajaan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran cawangan ke-10 sebuah butik pakaian, di Taman Lagenda, Melaka, hari ini.

Ab Rauf berkata, apa jua keputusan haruslah diterima dengan hati yang terbuka dan diharap teruskan menyokong parti keramat itu.

“Untuk Melaka saya rasa sekitar jam 5 petang nanti sudah boleh tahu (keputusan) dan walau apa pun keadaan pemilihan kali ini merupakan ukuran untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri memuji penglibatan anak muda yang berjaya dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata, ia terbukti menerusi butik pakaian terkenal negara yang diasaskan seorang anak muda merekodkan jualan lebih RM32 juta pada tahun lalu sekali gus menunjukkan belia masa kini mampu melangkah lebih jauh.

“Selaku Exco yang menjaga kepentingan keusahawanan saya bangga dengan kejayaan ini dan mengharap menjadi pemangkin kepada anak Melaka selain membuktikan anak muda boleh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1342
Kongsi :
Previous post Hampir 2,500 mualaf di Melaka
Next post Karnival kerjaya tangani isu pengangguran Melaka – KM
Ubah saiz-+=