
Calon BN tandatangani perjanjian elak lompat parti
KUALA LUMPUR 6 Nov – Kesemua calon Barisan Nasional (BN) hari ini, menandatangani beberapa perjanjian dan Akuan Bersumpah (SD) bagi mengelakkan berlakunya lompat parti pada masa akan datang.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, biarpun perkara itu belum diusulkan mengikut akta melalui Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), namun perjanjian itu dikeluarkan sebagai ‘contractual obligation’ dalam parti tersebut.
Katanya, selepas menandatangani perjanjian itu, jika ada mana-mana calon yang bertindak melompat parti akan dikenakan tindakan undang-undang.
“Kita akan bawa ke mahkamah dan mahkamah akan tentukan hukuman yang sesuai, ia terpulang pada mahkamah, yang nak melompat parti selepas itu kena fikir dua tiga kalilah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.