Calon baharu dan muda disenangi pengundi

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 28 Okt – Barisan Nasional (BN) dicadang memilin calon baharu dalam kalangan orang muda bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, kata Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu berkata, selain lebih bertenaga memikul tanggungjawab memajukan politik, ekonomi dan sosial anggota komuniti, calon yang lebih muda juga diyakini mempunyai banyak idea untuk memajukan negeri ini.

Menurutnya lagi, kehendak semasa juga menunjukkan calon baharu dan muda harus diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat selepas menimba pelbagai ilmu dan pengalaman dalam parti komponen BN.

“Ada ramai anak muda yang mampu diketengahkan sebagai pemimpin kerana mereka bukan setakat mempunyai kelayakan dari aspek akademik, malah keintelektualan untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.

“Saya yakin jika mereka diberikan peluang, Melaka akan bertambah progresif.

“Saya sendiri amat gembira jika tempat yang bakal saya kosongkan di DUN Tanjung Bidara ini ditandingi calon baharu dan muda,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Md Rawi dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan kerana sudah mencapai usia 70 tahun dua tahun lagi selepas dua penggal menabur khidmat memajukan anggota komuniti di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, akan tetap membantu
kemenangan calon BN bagi kerusi berkenaan melalui perkongsian pengalaman menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post 90 peratus petugas barisan hadapan Melaka selesai terima dos penggalak
Next post Lukisan mural beri imej baharu Bandar Jasin
Ubah saiz-+=