
Cakna pencapaian akademik anak Melaka
TANJUNG BIDARA 2 Mac – Aspek kecemerlangan akademik anak Melaka sentiasa diberikan perhatian dan menjadi keutamaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Ketua Menteri berkata, perkara itu adalah selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka sebagai hab pendidikan terunggul dan cemerlang di mata dunia.
“Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, kali ini kita menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan buat anak-anak dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
“Saya difahamkan, sumbangan diagihkan kepada 180 penerima iaitu 57 orang pelajar sekolah menengah dan 123 murid sekolah rendah,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan (Asnaf) MAIM dan Program ‘Back To School’ DUN Tanjung Bidara di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, hari ini.
Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berharap, sumbangan disampaikan dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.
“Semoga bantuan ini memberi nafas baharu dan menyuntik semangat dalam diri anak kita untuk terus bersemangat ke sekolah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
