Cadang sagu hati RM500 buat petugas media Melaka
AYER KEROH 10 Dis. – Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) mencadangkan sagu hati berjumlah RM500 diberikan kepada pengamal media di Melaka.
Beliau berkata, selain petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat dan pasukan khas pengurusan jenazah, petugas media juga memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat khusus sepanjang pandemik COVID-19.
“Saya berharap Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dapat mengambil perhatian tentang ini, mungkin terlepas pandang peranan golongan media dalam situasi ini.
“Di Melaka terdapat kira-kira 90 pengamal media yang aktif daripada dua kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) dan Penulis Melaka.
“Saya cadangkan ketua menteri dapat memberi perhatian dan sumbangan secara ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada media,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan di hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...
PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil...
MELAKA BINA 323 RUMAH MESRA RAKYAT TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka...
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...
W.R.U.R: LALUAN BAHARU PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 14 Januari - Satu peta laluan baharu sedang dimohon Kerajaan Negeri kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi...