Sorting by

×

Cadang Melaka jadi hab himpun karikatur

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDA HILIR 12 Ogos – Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia (PEDUKAR) mahu menjadikan Melaka sebagai hab menghimpunkan karikatur dari seluruh Malaysia.

Pengerusinya, Mohd Khairul Anuar A. Rahman berkata, perkara itu bagaimanapun masih di peringkat cadangan dan berharap dapat direalisasikan.

Dia yang yang juga dikenali sebagai Katon Aqhari dalam dunia karikatur berkata, cadangan itu akan diketengahkan memandangkan tahun hadapan adalah Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Penganjuran Festival Karikatur Malaysia adalah julung kali diadakan dan kita mahu festival ini diangkat menjadi acara tahunan.

“PEDUKAR merancang untuk mengadakan festival ini secara besar-besaran melibatkan lebih ramai kartunis dan karikatur luar negara.

“Perancangan itu sudah ada, dan kita harap dapat direalisasi, sekali gus menerusi festival ini dapat mengangkat karikatur tempatan,” katanya pada sidang media selepas perasmian Festival Karikatur Malaysia di sebuah pusat beli belah, di sini, hari ini.

IMG_20230812_185009_912
BANDA HILIR 12 Ogos – Kartunis tersohor, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai ‘Lat’ menerima cenderahati dari Pengerusi Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia, Mohd Khairul Anuar A. Rahman (kiri) sempena Festival Karikatur Malaysia anjuran Tourism Melaka di salah sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Program tersebut dirasmikan oleh Seniman Diraja, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.

Pada festival terbabit, lebih 77 karya daripada 77 karikatur dipamerkan melibatkan karikatur tempatan dan luar negara.

“Karikatur yang terlibat pada festival terbabit antaranya karikatur selebriti seperti Imuda dan kita turut membawakan karya kartunis tempatan dan luar negara untuk dipamerkan antaranya dari Indonesia, Argentina dan Jerman.

“Antara aktiviti yang diadakan untuk semua golongan, seperti pertandingan mewarna , lukisan karikatur secara langsung, menjual produk lukisan tambahan dan pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1670
Kongsi :
Previous post Botol, kertas terpakai jadi hiasan merdeka
Next post Malam minggu di Banda Hilir lebih meriah
Ubah saiz-+=