Sorting by

×

CADANG BINA RUMAH PRR DI BUKIT KATIL – KPKT

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PANTAI KUNDOR 18 Oktober – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang membangunkan kediaman Program Residensi Rakyat (PRR) di Bukit Katil, pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Suhaimi Ali@Ahmad berkata PRR berkenaan bakal menyediakan sebanyak 200 unit rumah kepada penduduk di Melaka.

“Kerajaan Persekutuan menerusi KPKT telah melaksanakan sebanyak lima projek PRR di Melaka dengan jumlah 1,556 unit rumah.

“Pada masa ini, terdapat satu lagi projek PRR iaitu PRR Klebang sebanyak 255 unit sedang dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada tahun 2025.

“KPKT juga dalam perancangan bagi membangunkan 200 unit rumah PRR di Bukit Katil dan projek ini dijangka bermula pada tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci PRR Tangga Batu yang dirasmikan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di PRR tersebut di sini, semalam.

Suhaimi berkata bagi projek PRR baharu, konsep pembangunannya masih sama tetapi ditambah baik dengan elemen dan skop tambahan tanpa melibatkan penambahan keluasan.

“Elemen dan skop tambahan ini memberikan ‘best value for money’, meningkatkan nilai tambah, kualiti unit rumah, daya huni serta bersifat mampan.

“Jika pihak Kerajaan Negeri tawarkan tanah yang berada di lokasi strategik dan sesuai pembangunan rumah PRR, Kerajaan Persekutuan akan berusaha mencari dana pembangunan tanpa perlu pindah milik tanah Kerajaan Negeri kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

117
Kongsi :
Previous post RM400,000 LAKSANA PELAN JANGKA PENDEK, ATASI BANJIR DI TAMAN MASJID TANAH RIA
Next post PM ANWAR BENTANG BELANJAWAN 2025 PETANG INI
Ubah saiz-+=