Sorting by

×

Cabar YB Helmy, Dr. Akmal di pentas tarik tali Festival D’ Bendang

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Ogos – Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Duyong,  Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Adun Merlimau Dr. Muhamad Akmal Saleh dicabar untuk beradu kekuatan di gelanggang tarik tali bersempena Festival D’Bendang Melaka 2024.

Cabaran  itu disuarakan Adun Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis yang  juga penganjur kepada festival berkenaan.

Siti Faizah yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, kehadiran dua Adun ‘viral’ itu mampu memeriahkan lagi penganjuran Festival D’Bendang Melaka 2024 dari 9 hingga 11 Ogos ini.

“Dua Adun viral ini kerap menjadi tumpuan, ramai bercerita tentang mereka, jadi bersempena penganjuran Festival D’Bendang ini kita cabar mereka berdua untuk memeriahkan pertandingan tarik tali.

“Kita lihat siapa yang paling ‘power’ dan menang, kali ini saya sendiri akan menjadi pengadil menyaksikan kekuatan masing-masing.

“Mereka perlu hantar pasukan masing-masing untuk berlawan. Bagi tarik tali setiap pasukan mesti ada antara 10 hingga 15 ahli, orang Jasin dan Kota Melaka dijemput untuk beradu kekuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini semasa podcast Mana Lagi? Melaka Ler! bersama Adun Sungai Rambai bagi mempromosikan Festival D’Bendang Melaka 2024 di Studio Melaka TV di sini, baru-baru ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post Muzium Perzim tarik perhatian pelancong domestik dan luar negara
Next post Jualan tiket meningkat berbanding edisi kedua – MTSB
Ubah saiz-+=