
Buruh ditahan menyamar polis
KEPALA BATAS, 16 Feb – Polis menahan lelaki bertindak menyamar sebagai anggota polis dan menghantar rakaman video menunjukkan sepasang gari untuk menakutkan seorang peniaga di Jalan Bertan 2, di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata suspek yang bekerja sebagai buruh berusia 30-an itu ditahan kira-kira 10 pagi susulan laporan polis dibuat oleh mangsa.
“Berdasarkan siasatan suspek dipercayai merakam video tersebut dengan niat untuk menakutkan lelaki itu dan meminta mangsa agar menghormati dia ekoran masalah dihadapi oleh mereka sebelum ini berkaitan isu rumah sewa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan penahanan lelaki berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, polis merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman dan sepasang gari bersama anak kunci daripada suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran, katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...