
Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik
Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Khairul Izuwan Che Rahim, 35, dan memerintahkannya dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.
Mohd Khairul Izuwan didakwa mengugut operator kilang Mohamad Khairul Alimie Md Rosalin, 23, sambil membawa sebilah pisau.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong pada 6 petang, 1 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian, tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.
Terdahulu, Mohd Khairul Izuwan yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda minimum bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran atas alasan kesalahan itu bersifat keganasan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...