
Buruh binaan maut dipukul majikan
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu meninggal dunia pada 6.30 pagi ketika dirawat di Hospital Kuala Lipis, Pahang.
Beliau berkata pada Isnin lepas, mangsa mengadu dipukul majikannya di Kampung Mentara Lama, di sini dan dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh, Pahang pada keesokannya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis pada hari sama.
“Siasatan awal mendapati mangsa bekerja dengan suspek sebagai tukang rumah di Kampung Mentara Lama.
“Punca awal kejadian disebabkan mangsa cuba mengambil duit upah membina rumah tanpa pengetahuan majikannya itu. Suspek berang lalu bertindak memukul mangsa menggunakan topi keledar hingga mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata susulan itu, suspek yang berusia 40 tahun direman hingga Selasa ini untuk membantu siasatan.
“Pada awalnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun kemudian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memandangkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...