
BUNYI LETUPAN,GEGARAN DI BAGAN AJAM HANYA LATIHAN TUDM – POLIS
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai bunyi letupan dan gegaran itu pada pukul 11.46 pagi sebelum membuat semakan dengan TUDM Butterworth.
“Pihak TUDM memaklumkan bahawa mereka menjalankan latihan ‘force down’ yang melibatkan pesawat SU-30 MKM, F/A-18D Hornet, dan C130H.
“Latihan itu merangkumi latihan ‘air to ground’, iaitu simulasi pengeboman ke kawasan musuh dan ia dijalankan di dalam kawasan TUDM Butterworth,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga menimbulkan kegusaran awam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...