
Buntu, cari dana baik pulih rumah
BATU BERENDAM 28 Mei – Seorang wanita buntu untuk mencari dana berjumlah RM40,000 bagi digunakan untuk membaik pulih kediamannya di Taman Pandai Jaya, di sini, yang musnah dalam kebakaran 22 Jun lalu.
Jasnizah Karim, 40, berkata, selepas kejadian dia menumpang berteduh di rumah jiran yang tidak dihuni sebelum berpindah ke kediaman bapa mentua bersama suami dan tiga anak berusia lima hingga 12 tahun.
“Namun di rumah bapa mentua ramai lagi ahli keluarga lain, risau jika mereka tinggal dalam keadaan yang tidak selesa, berikutan itu saya sebolehnya mahu segera baiki rumah.
“Tapi kami tidak mampu, selain kos baik pulih saya juga perlu memikirkan cara untuk ganti perkakas dan perabot rumah yang turut musnah dalam kebakaran yang berlaku. Anggaran kasar kami alami akibat kejadian ini adalah RM100,000,” katanya.
Katanya, ketika kejadian dia tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah kerana api yang marak dengan pantas selain jarak pemandangan terhad berikutan asap tebal.
Berikutan itu Jasnizah, pembantu di sebuah hospital amat mengharapkan ada pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya sekali gus menghuni semula kediamannya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...
AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL
SERI NEGERI 17 April - Selain pelancongan, antara misi utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
KALENDAR PELANCONGAN MELAKA SEMAKIN RANCAK BERMULA JUN
AYER KEROH 17 April - Lebih banyak program pelancongan berskala besar dan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan bermula Jun ini, sekali...
WAKIL SEKOLAH, IPT DIPELAWA UNTUK MERIAHKAN PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 17 April - Semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini dipelawa untuk bersama-sama menyokong seterusnya memeriahkan Pertandingan...