Bunga ‘annual’ ceriakan landskap setiap bulan – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 22 November – Pelancong yang mengunjungi negeri ini akan menyaksikan keindahan landskap dihiasi bunga ‘annual’ berwarna-warni sepanjang laluan ke Bandaraya Melaka.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, bunga berkenaan akan ditanam baharu pada setiap bulan bagi memastikan warnanya sentiasa cantik dan berubah-ubah.

“Kita sedang pergiatkan usaha menceriakan kawasan MBMB, bukan sahaja landskap tetapi juga faktor pencahayaan, (dan) kalau tengok landskap masuk sahaja kawasan MBMB, kita akan nampak bunga ‘annual’.

“Bunga ‘annual’ ini berwarna-warni dan sentiasa berbunga, insya-Allah kita akan teruskan projek ini di kawasan lain supaya pengunjung yang datang ke Melaka dapat melihat keindahan landskap ini.

“Selepas ditanam bunga ‘annual’ boleh bertahan sebulan sahaja, sebab itu setiap bulan kita tanam bunga ini yang baharu dan tukar warna lain supaya lebih menarik,” katanya.

Whatsapp Image 2023 11 15 At 10.58.23 C9837e58
SHADAN

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Daya Tahan Komuniti (Resilience For Communities /R4C) Melaka yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Pengurus Kanan, Program dan Pengetahuan Resilient Cities Network, Nini Purwajati; Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho dan Ketua Adaptasi Perubahan Iklim Yayasan Z Zurich, David Nash.

Sebelum ini MBMB telah menaik taraf landskap di medan tengah Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh yang mana kerja-kerja ini dilaksanakan anggota Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB.

Antara spesis pokok ditanam adalah pokok renek iaitu loropetalum chinensis dan ehretia micropylla jenis conifer iaitu Juniperus chinensis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

778
Kongsi :
Previous post Mangsa kebakaran berharap miliki kediaman baharu
Next post Penyambung warisan yang kian pudar
Ubah saiz-+=