BUMBUNG ‘HILANG’ DITERBANGKAN RIBUT

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 18 September – Peniaga wanita di Pengkalan Balak menanggung kerugian dianggarkan RM70,000 selepas barangan jualan dan premis yang diusahakan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut, petang semalam.

Nurul Syaidatul Effarehin, 32, berkata, selain menerbangkan bumbung, ribut turut menyebabkan struktur bangunan berkenaan runtuh dan pakaian dijual basah akibat hujan.

6294014027143167268
KEROSAKAN akibat kejadian ribut petang semalam. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Katanya, sebelum kejadian kawasan itu dilanda hujan rintik, namun dia mula berasa bimbang selepas melihat awan hitam dari arah laut yang kemudian disusuli ribut secara tiba-tiba.

“Dalam sekelip mata bumbung ‘hilang’ memang tidak sempat untuk alihkan barangan jualan, dalam keadaan kelam kabut itu juga struktur bangunan jatuh, syukur tidak terkena sesiapa.

“Kerosakan membabitkan kedai menjual pakaian dan sebuah lagi premis kosong juga yang saya usahakan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

6294014027143167280 (1)

ROHAYA menunjukkan kesan kerosakan akibat kejadian ribut. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, seorang lagi peniaga Rohaya Atun, 48, berkata, sepanjang empat tahun berniaga di kawasan Pantai Pengkalan Balak, kejadian semalam dianggap sebagai paling buruk.

“Ketika itu saya sedang rancak berniaga kerana pengunjung ramai, menyedari tanda akan berlaku hujan saya mula mengemas barangan jualan.

“Belum sempat hendak simpan, khemah saya sudah diterbangkan ribut hingga ke seberang jalan dan rosak. Mahu atau tidak saya terpaksa keluarkan belanja untuk beli khemah baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

192
Kongsi :
Previous post PASUKAN PERUBATAN PERIBADI AGONG RAWAT DUA MANGSA KEMALANGAN
Next post POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA DAN MOTOSIKAL DI KAMUNTING, DUA PARAH
Ubah saiz-+=