
Bulatan Ayer Leleh siap sepenuhnya Sabtu ini
DUYONG 11 Oktober – Kerja-kerja pembinaan bulatan Ayer Leleh yang sudah mencapai 95 peratus dijangka siap sepenuhnya Sabtu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, bulatan berkenaan terletak di sempadan antara Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dan Banda Hilir.
“Meskipun lokasinya berada di sempadan antara dua DUN, namun ia sebenarnya bersangkut dengan pembangunan dalam DUN Duyong bukannya Banda Hilir.
“Bulatan ini memainkan peranan penting dalam membantu penyuraian trafik pada waktu puncak kerana ia berada berhampiran dengan sekolah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mohd Noor Helmy berkata, kenderaan berat tetap akan melalui kawasan tersebut bagi menghantar bahan pembinaan ke projek Residensi Seri Serindit.
Jelasnya, fasa satu projek perumahan itu dijangka siap pada November, diikuti fasa dua dijadualkan pada 2024 dan 2025.
“Apabila projek perumahan berkenaan siap, dijangkakan jumlah pengguna jalan raya kawasan ini akan meningkat kepada 2,000 orang.
“Secara keseluruhan projek itu membabitkan pembinaan kira-kira 2,070 unit kediaman,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...