Buku alumni kongsi kejayaan tokoh UTeM
DURIAN TUNGGAL 7 Dis. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerbitkan buku ‘Coretan Jiwa-Jiwa Alumni’ edisi 20 tahun bagi menyantuni para alumni yang berjaya.
Penerbitan buku itu sempena Hari Alumni UTeM 1 Disember lalu bertemakan ‘Alumni Memperkasa Legasi UTeM’ yang menjangkau usia dua dekad.
Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM, Prof Madya Dr. Md Nazri Othman berkata, buku itu bagi memuatkan beberapa perkongsian tokoh alumni yang berjaya.
“Ini termasuk aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat, kita jangkakan buku ini diterbitkan secara meluas pada tahun hadapan.
“Antara pengisian lain ialah forum secara langsung menerusi Facebook, ‘From Zero To Hero’ menampilkan ikon alumni UTeM dan Azrul Aziz iaitu mantan Ahli Lembaga Pengarah UTeM dan Pengerusi Persatuan Alumni UTeM (AUTeM),” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni dan Kebolehpasaran Graduan UTeM, Dr. Khairuddin Osman berkata, kerjasama alumni dan UTeM sekali gus mewujudkan jaringan sosial yang mantap.
“Alumni aset tidak ternilai yang boleh menjamin kelestarian masa depan sesebuah universiti di samping menjadi contoh atau duta universiti.
“Sumbangan tenaga alumni aset intelektual universiti untuk kepentingan serta pembangunan mahasiswa termasuk berkongsi inspirasi serta input kepada universiti,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
BANDA HILIR 5 Januari - Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut...
1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari - Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
AYER KEROH 5 Januari - Zoo Melaka kekal menjadi antara destinasi pilihan pada program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK
ALOR GAJAH 5 November - Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204...
PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun - Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam...