Sorting by

×

BUKIT BESAR JADI ‘PORT HIKING’ BARU

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 6 November – Menyajikan pemandangan indah Bandaraya Melaka, itu antara keistimewaan Kampung Bukit Besar yang berpotensi untuk dimajukan atau dipromosikan sebagai ‘port’ hiking baharu terutama buat mereka yang meminati aktiviti lasak.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, bagaimanapun cadangan itu memerlukan kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan sebelum ia dilaksanakan.

“Kawasan ini telah digazetkan sebagai kampung Masyarakat Orang Asli, jadi kita perlu mendapat kelulusan daripada pihak JAKOA dahulu. Jika ia diluluskan kita akan melantik ‘tok batin’ kampung ini sebagai ‘tour guide’ untuk membawa para pendaki naik ke puncak bukit tersebut.

“Pemandangan dari puncak bukit ini sangat menarik kerana kita boleh nampak seluruh Bandaraya Melaka,” katanya ketika ditemubual pada program Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV, di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 11 05 At 4.56.04 Pm (2)
HEE Sem bergambar di puncak Kampung Bukit Besar.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada JAKOA Negeri Sembilan berhubung cadangan tersebut.

“Selain Bukit Besar, Machap Hill juga salah satu destinasi yang menjadi tarikan dalam kalangan kaki hiking dan peminat sukan motosikal lasak (motocross),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1175
Kongsi :
Previous post LINNAS LAHIRKAN ASNAF BERKEMAHIRAN 
Next post MPAG LAKSANA 37 OPERASI TERNAKAN BERKELIARAN
Ubah saiz-+=