Sorting by

×

Bukit Aman siasat, panggil penerbit dan pelakon video promosi judi dalam talian

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 16 April. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penerbit dan pelakon-pelakon disyaki terlibat dalam sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian yang tular dan mengundang kecaman netizen.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, isu kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Beliau berkata siasatan PDRM akan lebih menjurus kepada penerbit dan para pelakon yang terlibat dalam video itu.

“Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Acryl Sani berkata PDRM menerima satu laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video itu.

Menurutnya lagi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan dihubungi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.

Hari ini, tular di media sosial satu video yang berdurasi selama dua minit satu saat bertemakan Aidilfitri yang mempromosikan perjudian dalam talian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

698
Kongsi :
Previous post Pengurus restoran didakwa kurung, takut dan cederakan warga India
Next post MCMC minta penyedia platform turunkan iklan raya promosi judi
Ubah saiz-+=