Sorting by

×

‘BUKAN RAYA BIASA’

Masa Membaca:59 Saat

DUYONG 27 April – Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi satu perayaan yang mengisi jiwa rakyat.

Bagi Zaini Ali, 49, jamuan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu sudah menjadi acara tahunan yang wajib dihadiri.

“Memang setiap tahun saya datang sebab seronok tengok gelagat orang ramai, ditambah pula pelbagai juadah menarik yang disediakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas jamuan raya tersebut di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit di sini, semalam.

Img 20250427 wa0004
FARIDAH Hanim bersama dua anaknya tidak melepaskan peluang datang jamuan raya tersebut setiap tahun.

Manakala Faridah Hanim Ahmad Fuad, 44, yang hadir bersama suami dan dua anaknya, sanggup menempuh lautan manusia bagi merasai kemeriahan sambutan hari raya di Duyong.

“Alhamdulillah memang seronok sangat beraya di sini, makanan banyak pilihan, walaupun kena beratur tunggu giliran, tapi suasananya sangat meriah.

“Saya datang dengan anak-anak dan suami kerana mahu meraikan hari raya dan merasai kemeriahan sambutannya tahun ini.

“Insya-Allah jika diberikan kesempatan tahun hadapan saya akan datang lagi jamuan hari raya yang dianjurkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
Next post MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA