BUKAN CURI BALAK, TAPI JAGA KESELAMATAN PENGGUNA

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

LENDU 27 September – Kerja-kerja menebang pokok di jalan persekutuan membabitkan laluan Hutan Simpan Sungai Udang, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, menepis dakwaan ditularkan sesetengah pihak mengaitkan berlakunya pembalakan haram dalam kawasan hutan simpan berkenaan.

Hameed menegaskan, tidak berlaku sebarang pencerobohan atau pembalakan haram dan aktiviti berkenaan dilaksanakan dalam kawasan rezab tanah persekutuan dikhaskan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Perkara berbangkit ini mungkin disebabkan salah faham, hingga ada yang tuduh Kerajaan Negeri curi balak hutan simpan, sedangkan pembalakan tidak melibatkan rezab Hutan Simpan Sungai Udang.

“Kerja-kerja menebangan pokok hanya melibatkan dalam sempadan kawasan ATM dan ia diselenggarakan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang melantik kontraktor untuk menjalankan projek ini sejak Julai lalu.

“Penebangan hanya melibatkan jarak 10 meter dari jalan raya dan ia akan dijadikan sebagai ‘buffer zone’ iaitu zon selamat untuk pengguna jalan raya. Kedudukan pokok terlalu hampir dengan jalan membahayakan pengguna, sebelum ini juga kerap timbul isu pokok tumbang ketika berlaku ribut atau hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan lawatannya ke tapak projek itu, di sini hari ini.

Whatsapp Image 2024 09 27 At 3.01.30 Pm

AKTIVITI menebang pokok tidak melibatkan rezab Hutan Simpan Sungai Udang sebaliknya dijalankan dalam kawasan sempadan tanah persekutuan yang dikhaskan buat ATM.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Ir. Mohamad Salzeli Moktar; Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Khirun Nizam Abdul Rahim, Wakil Markas Garisan Terendak, Mejar Huzairein Yacob serta tetamu lain.

Mengulas lanjut, Hameed berkata, aktiviti pembalakan itu diselia agensi persekutuan membabitkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), MINDEF dan Jabatan Perhutanan.

Menurutnya, projek yang dijadual berakhir ebruari tahun hadapan membabitkan kerja-kerja penebangan berjadual dan akan mengakibatkan penutupan sementara jalan raya pada waktu-waktu tertentu.

“Kita minta agensi terlibat untuk mengemaskini jadual penebangan mereka menerusi media sosial sekurang-kurangnya sehari sebelum. Seperti kita tahu laluan Hutan Simpan Sungai Udang adalah antara laluan utama pengguna jalan raya berulang alik dari Majid Tanah ke Melaka dan sebaliknya.

“Bila ada makluman awal pengguna jalan raya boleh memilih laluan alternatif lain dan mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

88
Kongsi :
Previous post POLIS TEMBAK MATI DUA WARGA VIETNAM TERLIBAT KES PECAH KILANG
Next post PELUANG MILIKI RUMAH IMPIAN DI MAPEX MELAKA EDISI KEDUA 3-6 OKTOBER INI
Ubah saiz-+=