
‘Budak U’ ujian akhir MU
MELAKA United (MU) bakal menjamu kehadiran UiTM FC di Stadium Hang Jebat esok untuk aksi persahabatan terakhir sebelum saingan Liga Super kembali bersambung pada 26 Ogos ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Asri Ninggal berkata, perlawanan persahabatan terakhir itu bakal menjadi medan untuk mengetahui kekurangan dan kelemahan skuad Hang Tuah sebelum turun beraksi menentang Perak di Stadium Ipoh.
Katanya, dengan barisan skuad muda dan empat pemain import berpengalaman, pihaknya menjangkakan UiTM FC bakal memberikan cabaran sengit buat anak buah Zainal Abidin Hassan.
“Saya menganggap perlawanan ini sebagai pertemuan yang bagus memandangkan UiTM FC merupakan pasukan muda yang sedang meningkat naik dan ada kualiti.
“Mereka sudah menang dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini menentang Pulau Pinang dan Johor Darul Ta’zim II (JDTII), jadi mungkin aksi kali ini satu persiapan yang baik buat pasukan.
“Dari situ kita akan dapat lihat dan kaji segala kelemahan dan kekurangan pasukan sebelum aksi sebenar,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...