Budak perempuan maut tercampak dalam kemalangan di Tapah
IPOH, 12 Mac – Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya di Kilometer 340.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata mangsa N Ashvika, 11, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan manakala adik perempuannya N.Yaashika, enam, disyaki mengalami patah kaki dan tangan kiri.
“Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Nissan Almera yang dipandu bapanya berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor telah hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar melalui cermin belakang kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah serta telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.
Beliau berkata bagaimanapun bapa serta ibunya berusia 37 tahun dan seorang lagi adik perempuan mangsa berusia 10 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat yang dijalankan esok selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...
PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil...
MELAKA BINA 323 RUMAH MESRA RAKYAT TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka...
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...