
Budak perempuan dua tahun patah tangan tersepit pintu lif
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun patah tangan kiri selepas tersepit pintu lif di Kondominium Bandar Sri Permaisuri, Cheras hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 petang sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian, memetik laporan portal Harian Metro hari ini.
Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur Zulkifly Ramli berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan orang anggota.
Menurutnya, setibanya jentera di lokasi kejadian, terdapat seorang kanak-kanak perempuan tersepit di pintu lif dan mengalami patah tangan kiri.
“Anggota bomba bertindak mengumpil pintu lif tersebut menggunakan peralatan ‘Rescue Spreader’ dan menghantar mangsa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.59 petang,” katanya.
Difahamkan, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan ambulans EMRS untuk tindakan seterusnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
