
Budak 10 tahun pandu Kancil, ibu tampil serah diri
PONTIAN 13 Mei – Seorang wanita menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam selepas menyedari video anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta tular menerusi aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita itu tampil bersama tiga anaknya di IPD Pontian pada jam 10 pagi semalam bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan, video tular itu juga turut disebarkan di Facebook dan WhatsApp memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu Perodua Kancil dengan dua kanak-kanak lain di bahagian tempat duduk penumpang hadapan kenderaan itu.
Katanya, kejadian berlaku pada 7 pagi 10 Mei lalu di pekan Nanas ketika mereka bersiap ke sekolah.
“Ibu bersama ketiga-tiga anaknya telah mengaku bahawa video di Tiktok menggunakan akaun @shimahali1 merupakan akaun miliknya,” katanya.
Mohammad Shofee berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.
Jelasnnya, pemilik kenderaan berkenaan boleh disaman mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
“Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen sama,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...