
Bubur pulut hitam durian menu istimewa Rim
RIM 6 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar, sentiasa menyokong aktiviti kemasyarakatan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Beliau berkata, aktiviti itu sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti selain memastikan penduduk kampung sentiasa aktif dengan penganjuran pelbagai program.
“Lain macam kekuatan akak-akak kita untuk buat bubur pulut hitam durian, tengah musim durian ini.
“InsyaAllah, saya akan sentiasa ‘support’ (sokong) untuk segala aktiviti kemasyarakatan seperti ini khususnya di DUN Rim,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, 5 Julai lalu.
Berikutan itu beliau meminta mana-mana pihak yang memerlukan bantuan agar terus ke JAPERUN Rim untuk urusan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...