Bubar DUN kerana perlu mandat baharu untuk kemajuan dan rancakkan pembangunan negeri
JOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diperlukan bagi mendapat mandat baharu daripada rakyat Johor untuk menjadikannya sebuah negeri yang maju dan rancak dengan pembangunan.
Beliau berkata kerajaan yang kuat akan dapat membantu negeri dan rakyat Johor menjadi lebih maju berdasarkan kedudukan strategik dan potensi negeri ini.
“Jadi untuk jadi negeri yang maju dan rancak pembangunannya, untuk itu, saya perlu fresh mandate (mandat baharu) daripada rakyat Johor. Kerajaan yang kuat akan dapat membantu negeri dan rakyat Johor lebih maju berdasarkan (kedudukan) strategik dan potensi negeri Johor.
Perkara (program-program kepentingan rakyat) ini perlu diteruskan tetapi memandangkan kedudukan kerajaan yang boleh dikatakan sebagai bergerak atas ‘ehsan pembangkang’ saya fikir tidak wajar sama sekali berlaku di negeri ini,” kata beliau kepada pemberita di Bangunan UMNO Johor di sini hari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 20 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menambah baik proses permohonan bantuan apabila akan mempercepatkan kelulusan...
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...