Sorting by

×

Buaya berjemur tarikan Eco-Cruise Sungai Linggi

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER LIMAU 6 Januari – Aksi buaya berjemur menjadi antara tarikan utama yang mencetuskan perasaan teruja dalam kalangan pengunjung yang mencuba perkhidmatan Eco-Cruise Sungai Linggi yang memulakan operasinya secara rasmi, semalam.

Malah ramai yang berpendapat produk ekopelancongan itu sebagai sesuatu yang baharu dan setanding dengan apa yang ditawarkan di Sungai Mekong, Vietnam.

Whatsapp Image 2024 01 05 At 6.46.51 Pm
MENJALA ikan di Taman Lokan.

Maznah Muhamad, juga ahli Gabungan Kelab Bikers Wanita (GKBW) berkata, menelusuri Sungai Linggi selama tiga jam adalah satu pengalaman baharu bagi dirinya yang boleh dikatakan sudah menjejakkan kaki ke pelbagai destinasi menarik seluruh negara dengan menunggang motosikal.

“Melihat buaya berjemur di tebing sungai paling menarik perhatian saya, perasaan dan suasana itu berbeza jika dibandingkan dengan melihat reptilia itu di zoo.

“Menelurusi Sungai Linggi saya dapat melihat haiwan liar ini dihabitat asal termasuklah monyet, ular dan pelbagai jenis burung,” katanya.

Berpuas hati dengan produk ekopelancongan ity yang ditawarkan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), Maznah bercadang untuk kembali ke Sungai Linggi bersama 40 ahli GKBW Mei ini.

Sementara itu rakannya Alauwah Ali pula tertarik kepada keindahan hutan paya bakau dan pokok nipah menghijau sepanjang tebing Sungai Linggi dan kehidupan seharian masyarakat tempatan.

Whatsapp Image 2024 01 05 At 6.46.34 Pm
MENIKMATI buah nipah segar.

“Bukan sahaja menikmati keindahan alam, kami juga berpeluang merasa keenakan buah nipah segar ketika singgah di Taman Lokan. Manakala di restoran terapung kami dihidangkan lokan rebus yang segar.

“Alhamdulillah saya diberi kesempatan menelusuri Sungai Linggi yang sangat berpotensi untuk menarik kunjungan lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka,” katanya.

Selain Taman Lokan dan restoran terapung pengunjung juga dibawa ke Kota Simpang serta sabak arang di tebing Sungai Linggi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7116
Kongsi :
Previous post ‘Otai’ pantun Kampung Durian Daun masih berbisa
Next post ‘Tak Melayu Hilang Di Dunia’
Ubah saiz-+=