
BTMK pastikan agensi, jabatan kerajaan negeri terima manfaat
AYER KEROH 1 Okt. – “Sebagai peneraju teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Melaka, kita memastikan 19 jabatan dan agensi kerajaan negeri menerima manfaat itu,” kata Ketua Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri Shamsudin Sharif.
Menurutnya, BTMK merupakan tunjang utama pendigitalan di Melaka dan sudah pasti keperluan melibatkan sektor itu tidak ketinggalan.
“Peranan teknologi sangat tinggi di peringkat negeri, ia tunjang penting dan kita BTMK sendiri menguruskan keperluan digital di kesemua agensi dan jabatan kerajaan negeri.
“Di Melaka istimewa sebab ada badan berkanun pihak berkuasa tempatan (PBT), BTMK tidak terlepas daripada mengawasi dan menguruskan perkara berkaitan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya di Seri Negeri.
Katanya, sebagai peneraju ICT, terdapat tujuh seksyen di bawah sektor pendigitalan BTMK.
“Ia seksyen rangkaian keselamatan ICT, seksyen perkakasan, pusat data dan pusat pemulihan bencana.
“Selain seksyen pembangunan aplikasi 1 dan 2, seksyen unit kualiti dan analisa data serta seksyen pentadbiran,” katanya.
Katanya, di samping menguruskan pentadbiran BTMK juga terlibat dari segi konsultansi dan teknikal kepada anak-anak syarikat negeri dan badan berkanun.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...