Sorting by

×

BOT TERBALIK KETIKA JALA IKAN: MAYAT PEMUDA DITEMUI TERSANGKUT DI DASAR SUNGAI

Masa Membaca:51 Saat

MERLIMAU 15 Februari – Mayat pemuda hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika menjala ikan di Loji Air Kampung Lanchang, di sini, ditemui tersangkut di dasar sungai.

Mangsa, Muhammad Nur Fitri Abd Rahman, 21, ditemui pada jam 2.21 petang, kira-kira tujuh meter dari lokasi terakhirnya dilihat.

Ketua Polis Daerah Jasin Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, bot berkenaan yang dinaiki mangsa bersama tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dipercayai telah dimasuki air dan tenggelam.

Katanya, kesemua mereka cuba menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai dan berpaut pada rumput, namun mangsa gagal menyelamatkan diri dan hilang dibawa arus.

“Tiga mangsa berjaya diselamatkan iaitu lelaki berusia 44 tahun, wanita berusia 36 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Mangsa yang hilang ditemui lebih kurang tujuh meter dari lokasi terakhirnya dan mayatnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

260
Kongsi :
Previous post TRAGEDI BOT TERBALIK: MAYAT PEMUDA DITEMUI
Next post 220 ANAK-ANAK PARLIMEN TANGGA BATU LEBIH BERSEMANGAT KEMBALI KE SEKOLAH