
Bot terbalik di Segenting, empat nelayan hilang
BATU PAHAT 22 Jun – Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di sini semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Maritim Mohd Hanis Mohd Yunus berkata kejadian itu melibatkan nelayan berusia antara 43 hingga 63 tahun dan bot mereka terbalik akibat ombak besar sekitar 6 pagi.
Beliau berkata pihak Maritim menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op CARILAMAT) semua mangsa setelah menerima aduan daripada orang awam.
“Maklumat awal kejadian, bot nelayan itu dinaiki oleh lima orang kru keluar ke laut untuk memukat ikan, namun cuaca buruk dan ombak besar menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam.
“Sejurus menerima maklumat itu, MRSC Johor Bahru mengaktifkan Op CARILAMAT pada 9 pagi dan Bot Penggalang 30 dari Zon Maritim Batu Pahat diatur gerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Hanis sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati bot nelayan itu kelihatan hampir tenggelam sepenuhnya.
Beliau berkata seorang mangsa berusia 43 tahun diselamatkan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan.
“Operasi pencarian diperluaskan dengan penambahan radius kawasan kepada 23 batu nautika persegi.
“Selain Maritim Malaysia, operasi itu juga dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...