Sorting by

×

Bot percuma: Ratusan pelancong serbu Pusat Ekopelancongan Paya Lebar

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER LIMAU 25 Disember – Kira-kira 300 pelancong menyerbu Jeti Pusat Ekopelancongan Paya Lebar bagi mengambil peluang menikmati pelayaran percuma perhidmatan bot pelancong Eco-Cruise Sungai Linggi.

Tinjauan mendapati, orang ramai mula menunggu di perkarangan jeti terbabit sejak jam 7.30 pagi meskipun kaunter tiket dibuka pada jam 9.00 pagi.

Suasana sekitar jeti berkenaan amat meriah biarpun hanya 40 individu terawal sahaja yang berpeluang untuk menikmati peluang terbabit.

Pelancong dari Kluang, Johor, Mohd Shahrel Jaafar, 42, berkata dia dan keluarga sanggup datang seawal 7 pagi untuk merasai pelaung pertama kali menikmati produk ekopelancongan baharu itu.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 5.33.25 Pm
PUSAT Ekopelancongan Paya Lebar ternyata membawa limpahan ekonomi dan menaik taraf kedudukan masyarakat kampung.

Katanya, meskipun sesi pertama telah penuh dia sanggup memunggu pada sebelah petang demi merealisasikan hasrat anak-anak dan keluarganya.

“Ini kali pertama saya datang ke Paya Lebar dan melihat kawasan ini berpotensi besar untuk dijadikan sebagai pusat tarikan ekopelancongan di Melaka.

“Saya teruja apabila dimaklumkan ada perkhidmatan percuma ditawarkan sepanjang Disember dan ini merupakan langkah terbaik Kerajaan Negeri untuk mempromosikan destinasi ekopelancongan baharu,” katanya.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 5.02.56 Pm

KAUNTER tiket diserbu orang ramai yang ingin mengambil peluang menaiki bot percuma disediakan sepanjang Disember

Seorang lagi pengunjung, Hafizah Yaakob, 34, berkata dia sekeluarga sanggup datang awal dari Bukit Rambai sejak semata-mata untuk mengambil peluang tersebut.

Hafizah berkata, pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan itu, dia menyifatkan suasana di Paya Lebar sebagai luar biasa.

“Dibandingkan dengan Melaka River Cruise, di sini lebih menarik kerana ada tarikan alam semula jadi.

“Selepas ia ditularkan saya terus rancang bersama keluarga untuk datang, kerana mahu melihat habitat buaya dan ular seperti,” katanya.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 5.04.44 Pm
Bot Eco Cruise Sungai Linggi menawarkan perkhidmatan bot percuma dari jumaat hingga ahad sepanjang Disember.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

13434
Kongsi :
Previous post Penutupan jalan bakal beri pulangan baik kepada semua
Next post Eco-Cruise Sungai Linggi bantu orang kampung berniaga