
Bomba terbangkan bayi Orang Asli ke hospital
GUA MUSANG, 12 Julai – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi lelaki Orang Asli yang mengalami keradangan paru-paru, dari Pos Simpor ke Hospital Gua Musang, semalam.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata Andrian Teley yang berusia lapan bulan bersama ibunya, Sebey Alang, 22, dibawa menaiki pesawat Agusta Westland AW189.
“Pesawat terlebih dahulu tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 1.15 tengah hari bagi mengambil dua kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum meneruskan penerbangan ke Pos Simpor,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pesawat tiba di Pos Simpor pada 1.40 tengah hari dan ke BBP Gua Musang pada 2.05 petang bersama pesakit dan seterusnya dibawa ke Hospital Gua Musang dengan menggunakan ambulans,” katanya.
Menurut Mohd Hasrizal operasi memakan masa selama dua jam 36 minit dan pesawat selamat mendarat di Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang pada 3.10 petang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...