
Bomba selamatkan remaja tersesat di hutan
AYER KEROH 23 Nov – Dua remaja lelaki berdepan detik cemas apabila tersesat di hutan berdekatan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka, di sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.55 malam sebelum sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa difahamkan masuk ke hutan berkenaan untuk beriadah.
“Mangsa dikatakan melalui laluan denai pendakian untuk ke kawasan sebelum tersesat.
“Pasukan bomba yang menjalankan operasi menyelamat mengambil masa 26 minit untuk menuju ke arah mangsa melalui denai,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat pada jam 8.31 malam lalu dibawa keluar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...