Bomba selamatkan lembu terperangkap dalam parit
TELOK MAS 19 Disember – Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menyelamatkan seekor lembu betina yang terjatuh dalam Parit Cina di Padang Temu pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II Amran Kasim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.03 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati haiwan ternakan itu berada dalam parit terbabit.
“Anggota bomba memulakan operasi penyelamatan dengan menggunakan tali untuk mengeluarkan haiwan terbabit.
“Lembu betina itu berjaya dikekluarkan dan operasi terkawal kira-kira 14 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.